RSS

Me + Problem??

Annyeonghaseyo...


Agak lama jugak tak buka blog ni.. Rindu sangat nak menulis.. Tapi apakan daya, sebab terlalu malas.. jadi tiadalah penulisan yang sangat kreatif dariku.. hehehe.. (perasan :p) 

Emmm.. dah tiga minggu aku balik ke U aku ni.. tapi rasa macam aku lapang sangat.. bole lagi nak tengok running man, download hello baby segala.. padahal kerja+assignment berlambak ni...

Aku tak tahula.. kenapa aku mula rasa bosan belajar.. macam aku dah tak nak teruskan perjuangan aku di medan ilmu ni.. aku tak rasa kerjaya aku nanti sebagai engineer.. aku nak balas jasa kedua-dua ibu bapa aku, mereka dah banyak tolong aku sepanjang kat sini.. tapi aku masih tak ade semangat nak belajar tu..

Nak kata aku stress tak pun, sebab aku sangat relax ok..!! tapi aku pressure bila kawan-kawan tanyer "deqda, ko tak ade assignment ke? Aku tengok diorang semua ngah wat pre-stressed.." hadoihla.. ni yang aku lemah ni.. itu yang aku maksudkan dengan tak ade semangat nak belajar...

Sebenarnya ada sesuatu yang tertanam dalam hati aku yang berat aku nak luahkan pada sesiapa malah di dalam blog ini pun tidak akan ku ceritakan kerana aku perlukan seseorang yang aku tak kenal tapi aku bole percaya.. aku dah penat simpan seorang diri.. rasa beban.. kerana sebab ini juga effect diri aku dan pelajaran aku.. bila nak jumpa solution nyer pun aku tak tahu lah..

Baru aku sedar.. aku tak cerita pasal SHINee ataupun pasal berita k-pop pun lagi kan?? aku macam dah malas sikit sekarang.. tension ngan laptop kesayangan yang diberi nama "TAEMIN" tu rosak lagi.. ni pun aku menaip menggunakan laptop kakak aku yang sangat kecik and sangat tak sedap tengok skrin yang kecik.. nak main game the sims social kat facebook pun payah.. huhuu.. aku pun dah jarang bukak allkpop tu.. SWM pun jarang.. bila rasa nak tengok muka Taemin baru aku bukak.. aku tunggu comeback diorang kat korea.. bila lah agaknya.. and sangat tak sabar tunggu PV lucifer 12/10 ni.. tapi dengar teaser macam versi korea sedap lagi je.. (bagi aku lah)... lagipun aku tak dengar lagi full audio lucifer japanese version tu.. nak tengok masa full PV keluar terus baru dengar.. as always my baby taem is so hot in the teaser..:) lagi satu, aku rasa lagu super junior A-cha tu tak berape best sangat.. mungkin sebab aku baru dengar sekali.. entahlah.. bagi aku lagu tu bising.. tapi aku tak dengar lagi lagu yang lain.. speaker laptop kakak aku ni problem.. tu yang lagi malas aku nak bukak youtube segala..huhu.. nantilah bila semangat aku dah pulih aku cuba mengupdate pasal k-pop, terutamanya SHINee news.. huhu..

Can't wait..!!





*faint*



Walaupun orang cakap malam masih muda, tapi bagi aku sekarang dah sangat lewat.. esok ade seminar TECS pukul 0800hrs so better I'm going off to sleep now.. 

Tata..=)

p/s: sebenarnya sangat sedih sebab tak pergi tengok FT ISLAND and SeungRi BB kat stadium merdeka last week for korean music wave.. Sangat suka JaeJin sama HongKi..hukhukhuk..T_T


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Best Blogger Tips

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Happy Birthday to Me~

Daisypath Happy Birthday tickers