RSS

Takde Class..!!

halloooo......=)

Sepatutnya pukul 2 petang tadi aku ada kelas information system (IS).. Tapi dicancelkan sebab ganti dengan kelas esok.. So kelas IS ni yang kitorang satu kelas cadang nak belajar hari rabu terpaksa tukar balik ke jadual asal iaitu esok dari pukul 4 - 6 petang..

Alang-alang kitorang dah cantik-cantik nak pergi kelas, kitorang tak bercadang lah nak duduk kat bilik.. jadinya.. Yan bercadang nak pergi makan Pizza Cone.. Macam pelik je dengar makan pizza dalam cone kan??.. sebab tak pernah try, aku pun nak ikut... selepas itu kami pun bergerak ke Sutera Mall..

Akhirnya, kami dapat jugak makan pizza ni.. Nama kedai ni Italian Cone Pizza.. Harga dia...... Kalau korang jenis tak kisah janji makanan tu sedap korang rasa berbaloi kot harga dia..... Banyak giler cheese and memang sangat sedap.. sendawa pun rasa lagi pizza tu.. hehehe.. aku order meat mania sebab aku memang suka daging lembu, Yan order tropical chicken and Aja order chicken & mushroom... Cone pizza ni enak dimakan masa tengah panas lagi.. tapi jaga-jaga.. jangan sampai terbakar lidah yer... Kalau nak tau pasal cone pizza ni gi lah tengok FB ConePizza ni.. Takpun gi jer kat webpage die...http://www.conepizza.com.my/

Dah habis makan tu kitorang jalan-jalan lah kat Sutera Mall ni.. Adalah beli barang sikit...pastu boleh pulak masuk kedai aksesori.. masing-masing beli gelang tangan.. hehehe.. aku jer beli bracelet ngan gelang kaki.. sebab kedai tu jual 2 RM10.. murah tapi comel-comel.. ;p Nasib baik aku tak bawak banyak duit, kalau tak tadi aku dah nak beli baju-T angry birds dah..

Pastu kan masuk Carrefour.. Tau tak.. Aku nampak satu makanan yang dah lama aku tak makan and dah lama aku tak jumpa.. Kotang dulu pernah tak makan satu coklat ni die macam crispy rice tapi melekit.. dulu ada coklat ngan susu je.. tapi lepas tu dah tak ade coklat tu kat Malaysia.. Tetiba tadi aku nampak kat Carrefour tu... Serius aku nak sangat beli.. sebab asyik teringat.. tapi korang tau tak harganya berapa?? RM10.69!! tu tak termasuk penjimatan RM2.51.. dalam tu ada 6bars jer.. walaupun aku nak sangat tapi aku tak sanggup nak beli.. dulu aku beli satu bar 30 sen je kot.. mahal gila.. nantilah aku dah ada duit aku beli kalu jumpa lagi.. huhuhu...

kat sini aku selitkan gambar-gambar yang aku sempat snap masa kitorang kat Cone Pizza..=>


Sementara tunggu pizza masak, posing dulu..

Ni pun sibuk nak berposing..=p

cam menarik je kan..

Seronok sebab nak makan..;p

Dah Dapat Cone Pizza Kami..!!=)


Sedap kan?? 

additional picture..hehehe..

Ni lah gelang tangan & gelang kaki yang aku beli..hehe..


P/s: Lepas ni kita nak gi mane pulak Yan..Aja..?? hehehehe....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Best Blogger Tips

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Happy Birthday to Me~

Daisypath Happy Birthday tickers