RSS

Allah hadiahkan kita pelangi..=)

"Kadang ALLAH sembunyikan matahari, 
DIA datangkan hujan petir..
 Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, 
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.."
^__^

Assalamualaikum..

tiba-tiba terfikir quote kat atas ni
sebab
memang betul

matahari tu ibarat hidup kita yang selalu kita jalani
ribut petir pula ibarat musibah yang melanda hidup kita

Kehidupan setiap manusia tak selalunya perfect kan 
memang kadang kadang kita selalu mengeluh bila bad news muncul
tapi sepatutnya kita perlu sangat sangat bersyukur
kerana setiap musibah itu pasti ada hikmah di sebaliknya..

macam hari ni..
saya baru bersembang dengan adik saya
pasal seekor anak kucing yang saya jumpa di station bus baru-baru ni

family saya sebenarnya dah tak nak bela kucing
rumah kami rumah flat
jadi susah nak bela binatang banyak-banyak
tambah tambah kami yang duduk tingkat 3

tapi entah kenapa,
hati saya tiba tiba tertarik nak adopt anak kucing tu
masa tu memang tak fikir mama ngan abah bagi ke bela?
anak kucing tu mengiau dan mengendeng kat kaki saya
masa saya beli tiket balik ke Johor
lepas dapat duit baki,
terus saya ambil anak kucing tu
dan bawak balik rumah

kakak saya pun terkejut kot
hehehe

dan lagi sekali saya tak terfikir
1. anak kucing tu ada orang bela ke?
2. anak kucing tu tiada ibu ke?
tapi saya percaya anak kucing tu tiada orang bela dan tiada ibu 
kerana
apabila saya datang tempat yang sama sebelah petangnya,
saya tak nampak pun kelibat seekor kucing betina ataupun
anak kucing yang sebaya dengan anak kucing yang saya ambil tu

Alhamdulillah..
ternyata keluarga saya dapat menerima anak kucing tersebut
walaupun anak kucing itu ada kekurangan (anak kucing tu buta sebelah mata)
adik saya amie dah cop
itu kucing dia
hehehe

saya tak cakap bela anak kucing tu musibah
cuma,
kadang-kadang manusia hanya pandang pada kecantikan luaran
bagi saya,
anak kucing itulah pelangi dalam keluarga kami
kerana sifat periang anak kucing tersebut
membuat hati keluarga kami digeletek kembali..
^__^

dan anak kucing itu saya namakan
"ACU"


masa ni baru lepas mandi, kurung kejap sebab tak nak bagi acu berjalan merata

sian dia..:(

sangat suka duduk kat orang..akan menangis kalau orang tinggal dia..


walaupun pada mulanya saya katakan tadi keluarga saya tak nak bela kucing dah
tetapi, mereka dapat juga menerima Acu
dan adik saya beritahu lagi
kucing saya yang lain pun dah dapat menerima 'adik' baru mereka..
^__^

InsyaAllah..
mungkin dengan kehadiran Acu
rezeki keluarga kami sentiasa bertambah..
kerana niat saya semasa mengambil Acu kerana
ingin menolong makhluk Allah yang lain
iaitu kucing jalanan
dengan berkongsi rezeki yang kami terima 
daripada Allah juga..
^__^


p/s : di sebalik quote di atas ada cerita disebaliknya, bukan hanya mengenai Acu..
tetapi, cerita tersebut perlu dibuat pekasam dahulu sehingga betul betul enak baunya dan sedap dimakan..
;p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Best Blogger Tips

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~Happy Birthday to Me~

Daisypath Happy Birthday tickers